Thursday, February 15, 2018

LAPORAN KEJOHANAN GIMNASTIK ARTISTIK MSSPP 2018

Tarikh : 12 hingga 13 Februari 2018
Tempat : Akademi Gimnastik Artistik Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang

Kejohanan Gimnastik Artistik MSSPP 2018 berlangsung pada 12 hingga 13 Februari 2018. Kejohanan yang dijalankan selama 2 hari telah dikelolakan oleh Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Pulau Pinang (MSSPP). Jumlah penyertaan peserta tahun ini adalah 103 orang pelajar (67 perempuan dan 36 lelaki). Seramai 21 orang atlet pelapis Pulau Pinang turut menyertai MSSPP pada tahun ini.  Kejohanan ini dijalankan mengikut undang-undang Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG), Undang-Undang Gimnastik Malaysia (PGM), Undang-Undang Gimnastik MSSM, dan Peraturan-Peraturan Am MSSM. Kejohanan ini dijalankan untuk menilai prestasi atlet antara sekolah-sekolah dalam negeri Pulau Pinang dalam masa yang sama jurulatih menjalankan talent scouting semasa pertandingan berlangsung. Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ketua Unit Ko-Kurikulum JPNPP iaitu Tuan Haji Zulkafli Bin Kamaruddin dan Presiden Majlis Jimnastik Amatur Pulau Pinang iaitu Dato Tan Gin Soon.

Berikut merupakan keputusan rasmi kejohanan membabitkan atlet pelapis Pulau Pinang :-
Sekian, Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved