Thursday, November 2, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN GIMRAMA

Tarikh : 31 Oktober 2017 (Selasa)
Masa : 7.30 pm - 9.30 pm
Tempat : Akademi Gimrama MSNPP

KEHADIRAN
1. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN
2. Mah Kah Yi - JSM MSNPP

ATLET
1. 6 Orang

LATIHAN
1. Routine checked

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Karnival Bakat 2/2017 pada 22 hingga 26 November 2017 di Pahang
2. Kejohanan Gimrama Sportexcel-MSN-MILO-MGF Sirkit Kedua pada 26 hingga 27 November 2017 di Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil.
3. Kejohanan Gimrama Kebangsaan Kali Ke 28 bermula pada 27 hingga 28 November 2017 di Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil.
4. Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan Siri 2/2017 pada 28 November hingga 2 Disember 2017 di Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil.

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Tiada

PROGRAM BINAAN
1. Tiada.

ULASAN
1. Kehadiran atlet amat memuaskan kerana peperiksaan sudah tamat dan atlet dapat fokus kepada latihan mereka.
2. PPN memaklumkan kepada gimnas bahawa mereka akan mendapat seorang jurulatih baru iaitu Cik Lee Xin Ee yang akan menggantikan jurulatih sediada yang akan meletak jawatan pada 9 November 2017. Oleh itu jadual latihan akan berubah bermula November namun gimnas masih boleh mengikuti latihan Cik Mah Kah Yi sehingga 9 November dan dalam masa yang sama menghadiri latihan jurulatih baru. Jadual baru telah dimaklumkan kepada ibu bapa juga.
3. Berikut merupakan jadual latihan baru oleh JSM Cik Lee Xin Ee : Selasa (7.00 hingga 10.00 malam), Sabtu (9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari) dan Ahad (5.00 hingga 7.00 malam)
4. Ong Wei Yee hari ini mengambil cuti sakit kerana demam panas.
5. PPN turut memaklumkan kepada MJAPP dan jurulatih dua orang gimnas Pelapis Negeri yang menjalani latihan di Kuala Lumpur iaitu Nicole Cheng Qi Ern (U10) & Caitlin Cheah Pei Syuen (U11) telah menyertai Pesta Gimnastik Kuala Lumpur 2017 Inter City Rhytmic Gymnastics Championship sebagai wakil negeri Pulau Pinang di Stadium Badminton Cheras, Kuala Lumpur pada 26 hingga 29 Oktober 2017 yang lalu serta membawa pulang 1 Perak dan 5 Gangsa.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved