Saturday, April 29, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN AKUATIK RENANG

Tarikh : 29 April 2017 (Sabtu)
Masa : 7.30 pagi – 9.30 pagi
Tempat : Chinese Swimming Club (CSC), Tanjung Bungah

KEHADIRAN
1. Lim Jun Ting - JSM
2. Mohd Suhaimi Md Salleh - PPN

ATLET
1. 15 orang

LATIHAN
1. Land Drill
2. Fly Swim
3. Pulling
4. Back Swim

UJIAN
PPN masih menunggu tarikh daripada Jurulatih untuk menjalankan Ujian Kecergasan. Namun demikian sebarang tempahan bersama ISN perlu disertakan surat daripada Persatuan Sukan Negeri.

PERTANDINGAN
-Tiada-
  
KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
-Tiada-

PROGRAM BINAAN
1. Tiada

ULASAN RINGKAS
1. Latihan telah dijalankan seperti biasa dan mengikut program yang telah disusun oleh jurulatih.
2. Kehadiran memuaskan memandangkan hari ini merupakan cuti persekolahan.
3. Jurulatih memaklumkan bahawa semua Jawatankuasa Baru Persatuan telah dianggotai muka-muka baru. Pihak Unit bercadang untuk membuat 1 perjumpaan bersama Persatuan Sukan Negeri yang baru bagi membincangkan hala tuju sukan Akuatik Renang.
4. Jurulatih memohon kepastian status Kompleks Sukan Relau sama ada boleh menjalani latihan ataupun tidak. Kompleks tersebut masih menunggu maklumbalas daripada Majlis Bandaran Pulau Pinang.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN TAEKWONDO

Tarikh : 28 April 2017 (Jumaat)
Masa : 8.00 mlm hingga 10.00 mlm
Tempat : Dewan Silat, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang

KEHADIRAN
1. Master Gunasegaran a/l Manivelloo – JPM Negeri
2. Master Rajaderan a/l Rengasamy - JSM
2. Mohd Suhaimi Bin Md Salleh – PPN

ATLET
1. 10 orang

LATIHAN
1. Warm Up
2. Footwork training
3. Kicking training
4. Movement Training

UJIAN
PPN masih menunggu tarikh daripada Jurulatih untuk menjalankan Ujian Kecergasan. Namun demikian sebarang tempahan bersama ISN perlu disertakan surat daripada Persatuan Sukan Negeri.

PERTANDINGAN
-Tiada-

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Jurulatih memerlukan beberapa peralatan kecil untuk menjalani latihan.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-
  
ULASAN RINGKAS
1. Latihan telah dijalankan seperti biasa dan mengikut program yang telah disusun oleh jurulatih.
2. Atlet dapat menjalani latihan bersama skuad latihan Sukma XIX Perak 2018. Jurulatih akan menjalani latihan bersama 2 kali seminggu (rabu & Jumaat)
3. Pihak Persatuan memaklumkan bahawa Kejohanan Taekwondo National Senior & Junior Circuit – 2nd Leg pada 4 hingga 7 Mei 2017 di Johor tidak dapat disertai.
4. Atlet-atlet menunjukkan disiplin dan semangat tinggi semasa latihan.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

Friday, April 28, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN SKUASY

Tarikh : 27 April 2017 (Khamis)
Masa : 5.15 pm hingga 6.30 pm
Tempat : Pusat Skuasy Antarabangsa Nicol David (NDISC), Bukit Dumbar.

KEHADIRAN
1. Khoo Teng Hin (JPM)
2. Muhammad Ammar  (JSM)
3. Aaron Soyza (JPM MSNPP)
4. Puan Nursyafiqah Bt Salamat - PPN

ATLET
1. 18 orang

LATIHAN
1. Feeding - Working backhand length
2. Pressure Feeding - 2 corners
3. Drills : One side, drive-drop & drive-boast-drop
4. Matchplay

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Kejohanan Squash 8th CIMB Foundation National Junior Circuit 2017 yang sedang berlangsung bermula hari ini sehingga 30 April 2017.

PERALATAN
1. Peralatan latihan adalah hak milik atlet sendiri

PROGRAM BINAAN
1. Tiada

ULASAN
1. PPN melakukan pemantauan latihan pada sebelah petang setelah selesai Kejohanan Squash 8th CIMB Foundation National Junior Circuit 2017 pada hari pertama dimana beberapa orang atlet sahaja menyertai kejohanan pada hari dan peserta yang lain masih menjalani latihan seperti biasa.
2. PPN memohon jurulatih untuk memberikan laporan kejohanan pada setiap kejohanan yang disertai dimana setiap jurulatih perlu mempunyai satu laporan dan format laporan akan diberikan melalui email.
3. Jurulatih memaklumkan pada kejohanan yang lepas, 1st Leg CIMB Rising Star Junior Circuit 2017 pada 5 hingga 9 April hanya dua orang atlet dari pasukan pelapis Pulau Pinang memenangi tempat keempat iaitu Kuhen Manimaran kategori lelaki bawah 11 tahun dan June Loke Qian Ting wanita bawah 13 tahun. Seramai 12 orang atlet menyertai kejohanan ini dan atlet yang lain mempunyai peningkatan.
4. Selain daripada itu, jurulatih juga memaklumkan pada Kejohanan Squash 8th CIMB Foundation National Junior Circuit 2017 kali ini hanya 22 orang atlet pelapis menyertai.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

Thursday, April 27, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN HARI PERTAMA KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSM 2017

Tarikh: 25 April 2017 (Selasa)
Masa: 3.00 petang hingga 11.00 malam
Tempat: Stadium Bandaraya, Pulau Pinang

Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) 2017 bermula pada 25 hingga 28 April 2017 di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang. Pertandingan pada hari pertama dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi pertama bermula pada jam 2.00 petang sehingga jam 6.00 petang. Manakala sesi kedua bermula pada sebelah malam padan jam 8.15 malam hingga 11.20 malam. Antara acara akhir yang dipertandingkan pada hari pertama adalah bagi acara Lontar Peluru P12, Lompat jauh (P15, P18), Lempar cakera L15, Lompat tinggi (L18, L15), Lempar cakera (P18, L18), Lompat jauh P12, 5000 meter jalan kaki P18, 200 meter lari berpagar (L15, P15), 400 meter lari berpagar (L18, P18), 800 meter (L15, L18, P15, P18), 100 meter (L12, L15, L18, P12, P15, P18). Kontinjen Pulau Pinang berjaya meraih dua pingat emas pada hari pertama iaitu melalui acara lompat tinggi L18 (Lim Wei Keat - 1.95 meter) dan acara 800 meter P18 (Janice Loh Yinjin - 2:29.94s. Berikut adalah keputusan lain membabitkan atlet kontinjen negeri Pulau Pinang pada hari pertama pertandingan :-

1. Lim Wei Keat - lompat tinggi L18 (1.95 meter/Emas) 
2. Janice Loh Yinjin - 800 meter P18 (2:29.94s/Emas)
3. Lee Chia Hui - Lompat jauh P15 (5.05 meter/Perak)
4. Wong Jing Hui - lompat tinggi L15 (1.87 meter/Gangsa)
5. Zaiyusri Zainon - 800 meter L15 (2:04.25s/Gangsa)
6. Muhammad Fakhrul Abd Aziz - 100 meter L18 (10.67s/Gangsa)
7. Melissa Chong - Lompat jauh P15 (4.75 meter/tempat ke 6)
8. Muhammad Danial Afiq - 200 meter lari berpagar L15 (25.31s/tempat ke 5)
9. Nur Sahirah Mahazir - 400 meter lari berpagar P18 (71.40s/tempat ke 6)
10. Chloe Loh Sze Ern - 800 meter P15 (2:27.81s/tempat ke 4)

Sekian, terima kasih.

Laporan Disediakan Oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

Read more...

Tuesday, April 25, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN AKUATIK RENANG

Tarikh : 25 April 2017 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi hingga 10.30 pagi
Tempat : Chinese Swimming Club (CSC), Tanjung Bungah

KEHADIRAN
1. Lim Jun Ting - JSM
2. Mohd Suhaimi Md Salleh - PPN

ATLET
1. 4 orang

LATIHAN
1. Land Exercise
2. Warm Up - 400M Choice
3. Breast Stroke - One pull six kick
4. Freesytle - One Arm/Touch & Pull
5. Warm Down - 200M Choice

UJIAN
1. PPN masih belum menerima tarikh daripada jurulatih untuk menjalankan Ujian Kecergasan.

PERTANDINGAN
-Jurulatih & atlet baru selesai menyertai Kejohanan SPORTEXCEL/MILO/NSC/ASUM Junior Swimming Circuit 2017 – 1st Leg pada 20 hingga 23 April 2017 di Pusat Akuatik Darul Ehsan, Shah Alam, Selangor. Atlet Angeline May Soon mendapat 2 pingat emas pada kejohanan tersebut.

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Jurulatih ada memohon beberapa peralatan seperti stopwatch, kicking board.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Latihan telah dijalankan seperti biasa mengikut program jurulatih.
2. Kehadiran atlet pada sebelah pagi tidak memuaskan berikutan atlet lain bersekolah pagi.
3. PPN memohon untuk jurulatih menilai semula tahap prestadi atlet di dalam program dari segi displin, kekerapan latihan, prestasi kejohanan. Atlet yang tidak mencapai tahap seperti yang dipohon akan digugurkan dari program.
4. Jurulatih memaklumkan bahawa Senarai Jawatankuasa Persatuan telah bertukar baru dan pihak Unit masih menunggu senarai yang terbaru daripada Persatuan.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

LAPORAN KESELURUHAN KEJOHANAN SEPAKTAKRAW KARNIVAL BAKAT PELAPIS NEGERI SIRI 1/2017

KEJOHANAN : KARNIVAL BAKAT PELAPIS NEGERI SIRI 1/2017
TEMPAT : DEWAN SERBAGUNA MSNPs
TARIKH : 20 HINGGA 23 APRIL 2017
SUKAN : SEPAKTAKRAW

LATAR BELAKANG
Kejohanan Karnival Bakat Pelapis Negeri Siri 1/2017 ini diadakan untuk memberi pendedahan kejohanan di peringkat umur bawah 15 tahun bagi atlet yang tidak pernah menyertai mana-mana kejohanan Kebangsaan.  Kejohanan ini  melibatkan 8 jenis sukan iaitu Angkat Berat, Gimnastik Artistik, Olahraga Memanah, Menembak, Sepaktakraw, Tinju dan Gimrama.  Kejohanan ini juga merupakan salah satu kaedah untuk mencari bakat baru bagi sukan-sukan yang dipertandingkan untuk melayakkan diri ke kejohanan peringkat atasan seperti Sirkit Remaja Kebangsaan.

KANDUNGAN
Kejohanan Karnival Bakat Pelapis Negeri kali ini hanya dijalankan sekali pada tahun ini dimana hak penganjuran diselia sepenuhnya oleh Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis dengan kerjasama Majlis Sukan Negara Malaysia, Majlis Sukan Negeri Perlis dan Persatuan Sukan Negeri.

Kejohanan ini melibatkan penyertaan keseluruhan seramai 1625 orang yang terdiri daripada 1366 orang atlet dan 259 orang pegawai dan jurulatih.  Sebanyak 8 jenis sukan dipertandingkan melibatkan 5 peringkat  umur iaitu 7 hingga 15 tahun. 

PENYERTAAN
Pasukan Pulau Pinang telah menghantar penyertaan bagi sukan Sepaktakraw yang melibatkan Regu Bawah 13 tahun, Regu Bawah 14 tahun dan Regu Bawah 15 tahun. Pasukan Pulau Pinang tidak menghantar Regu Bawah 12 tahun pada karnival kali ini. Kesemua negeri telah mendaftar secara rasmi untuk pertandingan kali ini.

KEPUTUSAN PENUH SECARA KESELURUHAN
BAWAH 12 TAHUN
EMAS : KEDAH
PERAK : KELANTAN
GANGSA : PERLIS B
GANGSA : PERLIS A

BAWAH 13 TAHUN
EMAS : MELAKA
PERAK : SELANGOR
GANGSA : PAHANG
GANGSA : JOHOR

BAWAH 14 TAHUN
EMAS : NEGERI SEMBILAN
PERAK : SELANGOR
GANGSA : KELANTAN
GANGSA : JOHOR

BAWAH 15 TAHUN
EMAS : JOHOR
PERAK : PULAU PINANG
GANGSA : WILAYAH PERSEKUTUAN
GANGSA : SELANGOR

PENUTUP
Secara keseluruhan pasukan Pulau Pinang telah membawa balik 1 pingat Perak bagi kategori Bawah 15 tahun. Satu pencapaian yang membanggakan dan memuaskan kepada semua atlet yang menyertai kejohanan kali ini walaupun yang bertanding merupakan atlet-atlet baru dan tidak pernah menyertai mana-mana kejohanan Kebangsaan. Para atlet juga telah menunjukkan prestasi yang di luar jangkaan pada setiap permainan. Pihak Unit mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur diatas penganjuran dan mengucapkan tahniah kepada semua pemenang-pemenang. Semoga kejohanan kali ini adalah sebagai medan untuk berusaha dengan gigih untuk berjaya pada masa akan datang. "BAK KATA PEPATAH - USAHA TANGGA KEJAYAAN"

Sekian, Terima Kasih.

Laporan Penuh Dari Kangar Perlis.

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved