Friday, March 31, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN TAEKWONDO

Tarikh : 30 Mac 2017 (Khamis)
Masa : 5.00 petang hingga 7.00 petang
Tempat : Dewan SMK Sg Nibong, Georgetown

KEHADIRAN
1. Rajaderan A/L Rengasamy - JSM
2. Mohd Suhaimi Bin Md Salleh - PPN

ATLET
1. 15 atlet

LATIHAN
1. Warm up
2. Foot Work
3. Side Kick
4. Cooling Down

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
-Tiada-

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
-Tiada-

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Latihan dijalan seperti biasa mengikut perancangan jurulatih.
2. Kehadiran pada sesi latihan memuaskan.
3. Jurulatih masih menilai prestasi atlet yang layak untuk menyertai Kejohanan National Junior & Senior Circuit Championships - 1st Leg pada 14 hingga 16 April 2017 di Pulau Pinang.
4. PPN masih belum menerima satu tarikh yang sesuai daripada Persatuan Sukan Negeri untuk menjalankan Ujian Kecergasan Bil 1/2017.
5. Latihan dijalankan di kawasan terbuka sekolah.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh
https://ssl.gstatic.com/ui/v1/icons/mail/images/cleardot.gif

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN MENEMBAK

Tarikh : 30 Mac 2017 (Khamis)
Masa : 3.30 Petang hingga 5.30 Petang
Tempat : Kelab Menembak Negeri Pulau Pinang.

KEHADIRAN
1 .Galina Nikolova Stefanova - JLN MSNPP
2. Faizah Abdul Aziz – Jurulatih lantikan KMPP
3. Fazli Hisam Zainol Abidin - PPN Sukan Menembak

ATLET
1. 5  orang atlet pembangunan

LATIHAN
1.Warm up & stretching
2.Air pistol
3.Air rifle
4.Cooling down

PERTANDINGAN
Tiada

KECEDERAAN
Tiada

PERALATAN
Terdapat beberapa jaket dan kasut sudah tidak sesuai lagi digunakan.

PROGRAM BINAAN
Tiada

ULASAN RINGKAS
1.Latihan berjalan lancar.
2. Kehadiran kurang memuaskan berikutan pelajar terlibat kelas tambahan.
3. Surat permohonan untuk melaksanakan program TID telah dihantar ke pihak sekolah dan sehingga kini hanya sebuah sekolah yang memberi maklum balas.Program dijangka akan dijalankan sepanjang bulan april.

Sekian, Terima Kasih

Laporan disediakan oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

Read more...

Thursday, March 30, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN GIMRAMA

Tarikh : 28 Mac 2017 (Selasa)
Masa : 7.30 pm - 9.00 pm
Tempat : Akademi Gimrama MSNPP

KEHADIRAN
1. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN
2. Mah Kah Yi - JSM MSNPP

ATLET
1. 8 Orang

LATIHAN
1. Flexibility
2. Physical Exercise
3. Element Check (Ball, Freehand & Ribbon)

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Karnival Bakat Pelapis Negeri 2017 yang akan berlangsung pada 20 hingga 23 April 2017 di Perlis

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Kawasan warm up yang dimakan anai-anai masih menunggu pihak persatuan untuk menggantikan.

PROGRAM BINAAN
1. Tiada.

ULASAN
1. Kehadiran kurang memuaskan kerana terdapat beberapa orang atlet tidak dapat memberikan komitmen untuk menjalani latihan dan jurulatih ingin mengugurkan mereka daripada pelapis negeri. Begitu juga dengan atlet yang tidak menunjukkan potensi yang baik dan jurulatih memohon jasa baik PPN untuk memaklumkan kepada ibu bapa atlet.
2. PPN mengambilmaklum dan akan menasihati atlet terlebih dahulu dengan cara baik sekiranya tiada perubahan hujung bulan April akan ada beberapa atlet akan dikeluarkan.
3. PPN memohon jurulatih untuk mengisi borang pendaftaran bagi kejohanan karnival bakat yang akan datang bagi mengelakkan sebarang kelewatan terutama sekali pelepasan murid daripada sekolah.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN SKUASY

Tarikh : 28 Mac 2017 (Selasa)
Masa : 4.00 pm hingga 6.00 pm
Tempat : Pusat Skuasy Antarabangsa Nicol David (NDISC), Bukit Dumbar.

KEHADIRAN
1. Khoo Teng Hin (JPM)
2. Muhammad Ammar  (JSM)
3. Puan Nursyafiqah Bt Salamat - PPN
4. Puan Mariani Binti Sanawi - Pegawai Belia dan Sukan ISNPP
5. Encik Ahmad Zaidi Bin Muhammad Rosdi - Pegawai Belia dan Sukan ISNPP

ATLET
1. 30 orang

LATIHAN
1. Warm up
2. Physical Test
3. Warm Down

UJIAN
1. Ujian Kecergasan Bil 1/2017 yang dijalankan pada hari 28 Mac 2017

PERTANDINGAN
1. Kejohanan Squash Rising Star 1st Leg 2017 pada 5 hingga 9 April 2017 di NSC Squash Centre Jalan Duta.

PERALATAN
1. Peralatan latihan adalah hak milik atlet sendiri.

PROGRAM BINAAN
1. Tiada

ULASAN
1. Terdapat beberapa orang atlet tidak hadir pada ujian kecergasan kali ini disebabkan kekangan daripada pengangkutan bagi atlet yang menjalani latihan di Tin Club Butterworth untuk hadir di Bukit Dumbar, hal ini akan dibincangkan semula untuk pihak ISNPP ke pusat latihan tersebut atau sebagainya.
2. Antara ujian yang dijalankan untuk pasukan skuasy Pelapis Pulau Pinang Siri 1/2017 ialah:
Anthropometric
- (weight & height)
Power
- (Countermovement Jump (CMJ) - Flight Time & Height
- Squat Jump
- Standing Long Jump
Flexibility
- Sit and Reach
Speed
- 10M Sprint
- 20M Sprint
Muscular Strength
- Handgrip Test
Agility
- Illinios Agility Test
Endurance
- Yoyo Endurance Level 1
3. Jurulatih memaklumkan pada Kejohanan MSSM 2017 yang lepas 19 hingga 24 Mac 2017 di Petaling Jaya Selangor. Keputusan atlet beliau tidak memuaskan kerana hanya membawa pulang 2 pingat gangsa dalam acara berpasukan wanita kategori umur bawah 18 tahun dan 15 tahun.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

Wednesday, March 29, 2017

LAPORAN PROGRAM PENCARIAN BAKAT (TID) SUKAN GIMNASTIK

Tarikh : 28  March 2017 (Selasa)
Masa : 8.30 Pagi hingga 9.30 Pagi
Tempat : SJK (C) Shang Wu
Kehadiran : 2 Pegawai, 3 Jurulatih

Program pencarian bakat baru (TID) sukan gimnastik telah dijalankan pada 28  March 2017. Seramai 100 pelajar telah hadir pada hari tersebut termasuk guru – guru dan murid-murid darjah 1 wanita dan lelaki. Program hari ini dimulakan dengan penerangan program sukan gimnastik. Pelajar-pelajar diberitahu bagaimana cara untuk memulakan karier sebagai seorang atlet bermula dari bangku sekolah hingga ke peringkat kebangsaan.

Setelah taklimat ringkas disampaikan oleh penyelaras, jurulatih mengambil tempat dengan memulakan penerangan latar belakang sukan gimnastik. Taklimat merangkumi pencapaian atlet, jadual latihan serta beberapa elemen yang perlu ada bagi seorang untuk menjadi atlet negeri.

Objektif TID dibuat untuk mencari bakat-bakat baru dalam sukan gimnastik bagi menambahkan lagi saingan sesama sendiri ketika menjalani latihan. Seramai 15 orang peserta dikenal pasti dan akan di panggil ke pusat latihan pada minggu hadapan untuk di saring sebelum diserap terus ke dalam program pelapis. Program pencarian bakat baru (TID) sukan gimnastik akan diteruakn pada bulan April ke beberapa buah sekolah khusus didalam pulau.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

Read more...

Monday, March 27, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN GIMRAMA

Tarikh : 24 Mac 2017 (Jumaat)
Masa : 9.00 pm - 10.30 pm
Tempat : Akademi Gimrama MSNPP

KEHADIRAN
1. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN
2. Mah Kah Yi - JSM MSNPP

ATLET
1. 8 Orang

LATIHAN
1. Physical Exercise
2. Element check (ball, rope and clubs)

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Tiada

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Kawasan warm up yang dimakan anai-anai masih menunggu pihak persatuan untuk menggantikan.

PROGRAM BINAAN
1. Tiada.

ULASAN
1. Jurulatih memaklumkan keputusan atlet pelapis Pulau Pinang pada kejohanan MSSM yang lepas tidak memuaskan memandangkan beberapa atlet baru menjalani latihan FIG tidak sampai 5 bulan untuk ke kejohanan tersebut.
2. PPN memaklumkan kepada jurulatih dimana atlet dan jurulatih sendiri perlu bersedia untuk menjalani latihan mengikut peraturan kejohanan yang disediakan. Namun begitu jurulatih mengatakan beliau sebagai jurulatih separuh masa dengan kekangan masa memang tidak dapat memberikan komitmen yang tinggi dalam menjalani latihan bersama atlet.
3. Pihak persatuan dalam usaha untuk mencari jurulatih sepenuh masa bagi melatih atlet yang sedia ada memberikan komitmen.
4. Bagi Kejohanan Gimrama SportExcel Sirkit Pertama, yang akan berlangsung pada 14~15.04.2017. Pasukan Pelapis Pulau Pinang hanya mencapai syarat minimum disediakan iaitu gred 4 atau junior iaitu seramai 3 orang. Oleh itu pihak persatuan bersetuju untuk memaklumkan kepada ibu bapa tiada bajet disediakan untuk ke kejohanan tersebut disebabkan hanya 3 orang gimnas yang layak. Sekiranya ibu bapa ingin membawa gimnas menyertai kejohanan tersebut perlu menanggung kos sendiri.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN TENIS

Tarikh : 24 Mac 2017 (Jumaat)
Masa : 8.00 pm - 9.00 pm
Tempat : Gelanggang Tenis CRC

KEHADIRAN
1. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN

ATLET
1. 8 Orang

LATIHAN
1. Serve
2. Volley
3. Forehand and Backhand
4. Footwork drills

UJIAN
1. Ujian Kecergasan Siri 1/2017 akan ditunda kepada bulan April diatas faktor-faktor kedatangan atlet pelapis Pulau Pinang dan selepas perbincangan persatuan dijalankan.

PERTANDINGAN
1. Thailand & Malaysia Junior Tennis Circuit 2017 (Leg 1) pada 24 hingga 26 Mac 2017 di Hat Yai City Municipality Tennis Courts (Jiranakorn Stadium) , Hat Yai 
2. LTAM Junior Tour 2017 Leg 4 yang akan berlangsung pada 20 hingga 23 April 2017 di Kelantan

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Tiada

PROGRAM BINAAN
1. Tiada.

ULASAN
1. Jurulatih tiada semasa pemantauan kerana telah mengiringi atlet ke Kejohanan Thailand & Malaysia Junior Tennis Circuit 2017 (Leg 1) di Hat Yai City Municipality Tennis Courts (Jiranakorn Stadium).
2. Seramai 14 orang atlet pelapis Pulau Pinang menyertai kejohanan pada kali ini dimana mempunyai 4 kategori dibawah umur 10 tahun, 12 tahun, 14 tahun dan 18 tahun bagi lelaki dan wanita.
3. Walaupun jurulatih tidak hadir pada sesi latihan hari ini, atlet pelapis yang lain masih menjalani latihan seperti biasa bersama rakan-rakan yang lain sambil dipantau oleh jurulatih akademi CRC.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

Thursday, March 23, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN TENIS

Tarikh : 21 Mac 2017 (Selasa)
Masa : 5.30 pm - 7.00 pm
Tempat : Gelanggang JBSNPP, Batu Uban

KEHADIRAN

1. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN
2. Francis Su - JSM

ATLET
1. 9 Orang

LATIHAN
1. On court tactical drills
2. Match play tactics

UJIAN
1. Ujian Kecergasan Siri 1/2017 akan ditunda kepada bulan April diatas faktor-faktor kedatangan atlet pelapis Pulau Pinang dan selepas perbincangan persatuan dijalankan.

PERTANDINGAN
1. Thailand & Malaysia Junior Tennis Circuit 2017 (Leg 1) pada 24 hingga 26 Mac 2017 di Hat Yai City Municipality Tennis Courts (Jiranakorn Stadium) , Hat Yai 
2. LTAM Junior Tour 2017 Leg 4 yang akan berlangsung pada 20 hingga 23 April 2017 di Kelantan

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Tiada

PROGRAM BINAAN
1. Tiada.

ULASAN
1. Kehadiran pada cuti sekolah tidak memuaskan kerana masih terdapat beberapa atlet yang mengikut keluarga bercuti dan sesetengah mempunyai kelas tambahan untuk peperiksaan.
2. PPN memohon pihak jurulatih menyerahkan surat kontrak JSM yang ditandatangani jurulatih dengan kadar segera untuk tindakan selanjutnya.
3. PPN turut mengingatkan jurulatih dimana semakan laporan jurulatih akan dijalankan setiap bulan dan tidak boleh "copy & paste" laporan setiap bulan serta perlu menyatakan latihan yang dijalankan lebih spesifik.
4. PPN turut memohon jurulatih untuk memaklumkan kepada PPN sekiranya ujian spesifik dijalankan untuk memudahkan PPN melakukan laporan.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved