Thursday, June 30, 2011

2011 WORLD JUNIOR WEIGHTLIFTING CHAMPIONSHIP






Tarikh : 29 Jun 2011
Masa : 12.30 pm
Venue : Penang International Sports Arena (PISA)

Hari ini merupakan hari pertama kejohanan berlangsung. Sekarang sedang berlangsung acara Men 56kg Group B yang mana dua atlet Malaysia mengambil bahagian iaitu ;

1. Zulhemi Mohd Fisol
2. Mohd Anas Malek

Untuk makluman juga disebelah pagi tadi berlangsung Women 48kg Group B. Seorang atlet Malaysia mengambil bahagian dalam acara ini iaitu Azizah Fadzil.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Read more...

Wednesday, June 29, 2011

2011 WORLD JUNIOR WEIGHTLIFTING CHAMPIONSHIP - PENANG


Tarikh Kejohanan : 29 Jun - 07 Julai 2011
Venue : Penang International Sports Arena (PISA)


Datanglah beramai-ramai bagi sama-sama menyaksikan kehebatan 'badang-badang remaja dunia' beraksi di Pulau Pinang. Untuk makluman lanjut tentang kejohanan ini sila layari http://www.2011wjwc.com/













Read more...

Tuesday, June 28, 2011

PEMANTAUAN IMPLEMENTASI PROGRAM PERIODISASI PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG - SKUASY

Tarikh : 24hb Jun 2011 [Jumaat]
Masa Pemantauan : 5.00 petang - 7.00 malam
Tempat : Pusat Skuasy Antarabangsa Nicold David, Bukit Dumbar, Pulau Pinang.
Kehadiran : 8 [Lelaki], 7 [Perempuan], JSM Matthew Wong dan JL MSNPP Aaron

Laporan ringkas :

Sementara menunggu kehadiran pihak ISN kesempatan waktu diambil untuk memantau latihan atlet, berjumpa dengan JSM, JL MSNPP dan atlet yang hadir untuk bertanyakan khabar.
Memberikan penerangan ringkas kepada pihak ISN tentang Waktu dan Pusat Latihan untuk Atlet Pelapis bagi sukan di bawah selian saya seperti Sukan Tenpin Boling, Badminton, Skuasy dan Tinju.

Memperkenalkan JL MSNPP Aaron kepada pihak ISN sebelum meninggalkan Pusat Latihan untuk meneruskan tugas sebagai urusetia di Kejohanan Badminton Remaja Kebangsaan Berpasukan Antara Negeri 2011 yang bertempat di Dewan Badminton PBA, Bukit Dumbar, Penang yang terletak bersebelahan dengan Pusat Latihan Skuasy.

Sekian dilaporkan, terima kasih.

Fatimah Jamil




















Read more...

Monday, June 27, 2011

LAPORAN PEMANTAUAN IMPLEMENTASI PROGRAM PERIODISASI PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG OLEH ISN KE PLN MENEMBAK

Tarikh : 26 Jun 2011
Tempat : Kelab Menembak Pulau Pinang
Masa : 10.30 pagi
Atlet : 8 atlet lelaki dan 5 atlet wanita
Jurulatih : En Ivarn Syazwan dan En Ahmad Fahmie

Kehadiran Atlet : 13 orang

Sesi pemantauan ISN ke PLN Menembak diketua oleh En Thung Jin Seng, En. Lim Ming Lip, En Ahmad Asmadi dan Ketua Unit ISNPP En Cheah Boon Chong. Untuk sesi latihan hari ini, satu pertandingan dalaman bulanan diadakan untuk ranking dan pemilihan ke Kejohanan Menembak Pelapis Negeri sirkit 2/2011 yang akan berlangsung pada 6 hingga 9 Julai 2011 di Batu Pahat Johor.

Team ISN yang diketuai oleh En. Thung mengadakan perbincangan dengan jurulatih (En. Ivarn) mengenai program latihan yang dijalankan pada masa ini. Pihak ISN lebih menumpukan kepada pemerhatian dan perbincangan mengenai program latihan yang dijalankan oleh jurulatih bagi mengkaji dan mengenalpasti kekurangan dan kelemahan dalam program latihan jurulatih untuk penambahbaikan semasa pembentangan pada Bengkel Periodisasi Siri 2/2011 yang akan diadakan pada 16 dan 17 Julai 2011.

Sesi soal jawab pihak ISN dan atlet juga didakan di hujung sesi ini untuk memberi peluang kepada atlet bertanya tentang latihan fizikal yang sesuai dengan sukan menembak.

Hamidi Lokman
























Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN IMPLEMENTASI PROGRAM PERIODISASI PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG OLEH ISN KE PLN GIMNASTIK ARTISTIK

Tarikh : 24 Jun 2011
Tempat : Akademi Gimnastik MSNPP Batu Uban
Masa : 7.30 malam
Atlet :5 atlet lelaki dan 10 atlet wanita
Jurulatih : En Zhang Jin Quan, En Liu Shunan dan En Foong Kok Seng

Kehadiran Atlet : 15 orang

Sesi pemantauan ISN ke PLN Gimnastik Artistik diketua oleh En Thung Jin Seng. Untuk sesi latihan hari ini, latihan berjalan seperti biasa. En. Thung mengadakan perbincangan dengan jurulatih mengenai program latihan yang dijalankan pada masa ini.

Pihak ISN lebih menumpukan kepada pemerhatian dan perbincangan mengenai program latihan yang dijalankan oleh jurulatih bagi mengkaji dan mengenalpasti kekurangan dan kelemahan dalam program latihan jurulatih untuk penambahbaikan semasa pembentangan pada Bengkel Periodisasi Siri 2/2011 yang akan diadakan pada 16 dan 17 Julai 2011.

Hamidi Lokman


























Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN IMPLEMENTASI PROGRAM PERIODISASI PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG OLEH ISN KE PLN BERBASIKAL

Tarikh : 24 Jun 2011
Tempat : Kompleks Silat Batu Uban
Masa : 5.00 petang
Atlet :10 atlet lelaki dan 2 atlet wanita
Jurulatih : En Zahari bin Tahir dan En Abd Shukor bin Darus

Kehadiran Atlet : 12orang

Sesi pemantauan ISN ke PLN Berbasikal diketua oleh En Thung Jin Seng. Turut hadir bersama pada sesi ini En Munir Bin Ismail (Setiausaha Persatuan Berbasikal Pulau Pinang). Untuk sesi latihan hari ini, sesi suaian fizikal yang dikendalikan oleh jurulatih En Zahari dan En Abd Shukor. Sesi ini dijalankan di Kompleks Silat kerana Gimnasium MSNPP masih dalam pengubahsuaian.

En. Thung mengadakan perbincangan dengan jurulatih mengenai program latihan yang dijalankan pada masa ini. Pihak ISN lebih menumpukan kepada pemerhatian dan perbincangan mengenai program latihan yang dijalankan oleh jurulatih bagi mengkaji dan mengenalpasti kekurangan dan kelemahan dalam program latihan jurulatih untuk penambahbaikan semasa pembentangan pada Bengkel Periodisasi Siri 2/2011 yang akan diadakan pada 16 dan 17 Julai 2011.

Hamidi Lokman



















Read more...

KEJOHANAN BADMINTON REMAJA KEBANGSAAN BERPASUKAN ANTARA NEGERI 2011

Tarikh : 23 – 26 Jun 2011
Venue : Dewan Badminton PBA, Bukit Dumbar

Penyertaan Negeri

Perlis
Kedah
Selangor
Kuala Lumpur
Pulau Pinang
Perak
Negeri Sembilan
Melaka
Johor
Pahang
Sabah
Sarawak
Kelantan
Terengganu

Keseluruhannya dianggarkan seramai 258 orang atlet dan pegawai dari negeri-negeri telah berkampung di Pulau Pinang bagi menyertai kejohanan pada kali ini. Kejohanan berjalan baik & lancar. Berikut adalah keputusan kejohanan berkenaan ;

Johan – Wilayah Persekutuan
Hadiah : Wang Tunai RM 10,000

Naib Johan – Pulau Pinang
Hadiah : Wang Tunai RM 6,000

Ketiga – Selangor
Hadiah : Wang Tunai RM 3,000

Keempat – Kedah
Hadiah : Wang Tunai RM1,500


Tahniah kepada pasukan Kuala Lumpur yang berjaya mengekalkan kejuaraan buat kali ke-2 berturut-turut setelah menewaskan pasukan tuan rumah Pulau Pinang 6-4 di perlawanan akhir.




















Read more...

LAPORAN RINGKAS PEMANTAUAN KETIKA UJIAN DEHIDRASI OLEH ISNM & ISN P.PINANG

Program : Dehydration Test / Simulation During Traning
Ujian Dijalankan Oleh : Institut Sukan Negara Malaysia bersama ISN Pulau Pinang
Masa : 9.00 am - 3.30 pm
Masa Pemantauan : 11.00 am - 3.30 pm
Venue : PLN Batu Uban, Pulau Pinang

Seramai 21 atlet telah menjalani ujian yang dijalankan oleh pihak ISNM & ISN Pulau Pinang. ISNM diketuai oleh En. Thung Jin Seng & ISN P.Pinang diketuai oleh En.Cheah Boon Chong. Ujian ini dijalankan untuk melihat tahap dehidrasi setiap atlet ketika latihan dijalankan. 3 ujian dijalankan iaitu :-

1. Ujian air kencing (Urine Test) - Sebelum & Selepas
2. Timbang Berat Badan
3. Heart Rate Monitoring


Hasil keputusan daripada ujian yang dijalankan, akan dimaklumkan oleh pihak ISN kelak. Pihak pasukan memanah amat mengalu-alukan kedatangan pihak ISN bagi membantu meningkatkan prestasi atlet2 dan hasil perbincangan bersama pihak ISN, akan ada program susulan pada masa akan datang.

Selain itu, kehadiran pihak ISNM juga adalah untuk memantau pelaksanaan program periodisasi jurulatih2 iaitu En. Jaffery Low & Cik Shamani Ganesen. Ini adalah untuk memastikan jurulatih2 mengikut pelan periodisasi yang telah dirangka dan melaksanakan nya mengikut apa yang dirancang. Sekian dulu laporan dari padang memanah Pulau Pinang. TQ

Shasha Tarmuzi



























Read more...

Tuesday, June 21, 2011

LAPORAN RINGKAS SPORTEXCEL NSC/MILO JUNIOR CIRCUIT 2ND LEG 2011

Program : Sportexcel/Milo/Nsc Junior Swimming Circuit 2nd Leg 2011
Tarikh : 18hb & 19hb Jun 2011
Venue : Pusat Akuatik Negeri, Paroi, Seremban, Negeri Sembilan

Pasukan Pulau Pinang telah menghantar seramai 35 perenang dibawah kelab Bukit Jambul (BJCC) bagi menyertai kejohanan kali ini. Kejohanan ini adalah kesinambungan daripada kejohanan 1st Leg yang diadakan di Shah Alam, Selangor pada bulan April yang lepas. Seperti tahun-tahun sebelumnya, untuk kejohanan sportexcel hanya ada 2 sirkit dan sirkit akhir hanya menghimpunkan perenang terbaik yang mempunyai placing 1 hingga 16 dan menggunakan sistem points untuk setiap placing.

Dimaklumkan juga, undang2 kejohanan menggunakan undang2 FINA. Kejohanan ini dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu :-

a. Umur 10 tahun kebawah
b. Umur 11 & 12 tahun
c. Umur 13 & 14 tahun


Kesemua pasukan yang menyertai adalah daripada mana2 kelab renang yang berdaftar dibawah Persatuan Renang Amatur Kebangsaan (ASUM). Acara yang dipertandingkan adalah :-

a. 50m & 100m Gaya Bebas (Freestyle)
b. 50m & 100m Gaya Kupu2 (Butterfly)
c. 50m & 100m Gaya Kuak Lentang (Backstroke)
d. 50m & 100m Gaya Kuak Dada (Breaststroke)


Seramai 15 perenang yang layak untuk ke Grand Final SportExcel yang akan diadakan pada Julai 2011. Maklumat penuh keputusan saya lampirkan didalam pelarasan kejohanan. TQ

Shasha Tarmuzi
























Read more...

PERJUMPAAN ATLET & PENYERAHAN ELAUN LATIHAN

Dikesempatan saya berada di Seremban, Negeri Sembilan pada 17hb sehingga 20hb Jun 2011, saya mengambil peluang berjumpa dengan atlet elit sukan memanah yang berada di MSN Bukit Jalil dan MSN Taman Keramat, Kuala Lumpur. Saya juga menyerahkan cek elaun bulanan atlet elit 2011/2012 kepada 3 atlet memanah yang menjalani latihan di Kuala Lumpur. Atlet-atlet tersebut adalah :-

MSN Bukit Jalil, Kuala Lumpur

1. Muhammad Fareez Bin Rosli - Elit

MSN Taman Keramat, Kuala Lumpur

1. Mohamad Firdaus Bin Ishak - Pelapis Kebangsaan
2. Mohd Faris Haziq Bin Shuhaimi - Pelapis Kebangsaan


Dimaklumkan juga, Muhammad Fareez baru sahaja menyertai Kejohanan Memanah Europe Grand Prix 2011 dan Mohamad Firdaus & Mohd Faris Haziq juga baru pulang dari menyertai 3rd Asian Archery Grand Prix & Asian Youth Arcehry Championship 2011 di Dhaka, Bangladesh.

Atlet-atlet mengucapkan jutaan terima kasih diatas keperihatinan dan sokongan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang diatas sumbangan setiap bulan yang diberikan dan cuba memberikan yang terbaik pada Sukma yang akan datang. Sekian, terima kasih.

Shasha Tarmuzi







Read more...

Friday, June 17, 2011

PEMANATAUAN PPN - PUSAT LATIHAN TENPIN BOWLING

Tarikh : 16hb Jun 2011 [Khamis]
Masa Latihan : 6.30 petang - 8.30 malam
Masa Pemantauan : 7.25 malam - 8.47 malam
Tempat : Pusat Boling Premium Lanes, Sunshine Square Bayan Baru, Pulau Pinang.

Kehadiran :
7 dari 10 Atlet Pelapis, 3 dari 14 Atlet Skuad SUKMA
JSM Albert Yeoh Seng Poh

LAPORAN RINGKAS :

JSM Albert Yeoh mengendalikan latihan untuk kedua-dua program [Pelapis Negeri dan Skuad Latihan SUKMA] kerana JLN MSNPP Kim Eun Jung mengiringi Atlet Skuad Latihan SUKMA ke Singapore menyertai Kejohanan 5th Singapore Sport School Opulent International Bowling Championship 2011.

PERJUMPAAN BERSAMA JSM DAN PERKARA YANG DIBINCANGKAN :

1. PPN - Selaku Penyelara MSNPP mempersoalkan 4 orang Atlet Skuad Latihan SUKMA 2012 yang tidak hadir menjalani latihan kerana yang menyertai Kejohanan di Singapore hanya 7 orang atlet sahaja.

JSM Albert : Memaklumkan Atlet Skuad SUKMA 2012 yang tidak hadir kerana seorang tidak sehat, seorang lagi telah digugurkan dari Skuad Latihan SUKMA kerana tidak menghadiri latihan selama lebih satu bulan tanpa sebarang makluman walaupun pihak PTBPP telah menghantar email kepada beliau dan dua orang lagi masalah pengangkutan. Bagi Atlet Pelapis Negeri 3 orang atlet telah di keluarkan dari Program Pelapis Negeri atas kehendak atlet sendiri.

2. Perbincangan tentang Bajet dan Masalah Kenderaan untuk ke Kejohanan "Sportexcel NSC/MILO/MTBC Malaysian Tenpin Bowling Junior Circuit 2011" di Pahang dan Johor dalam bulan Julai.

3. Untuk mendapatkan resit-resit perbelanjaan kejohanan yang telah disertai untuk menyediakan laporan pelarasan [Perak Leg] bagi Pelapis Negeri dan Skuad Latihan SUKMA 2012.

4. PPN - Memaklumkan kepada JSM Albert Yeoh untuk mengkaji semula jumlah atlet di bawah selian beliau dan jika ada sebarang perubahan jumlah atlet sila maklumkan didalam laporan bulan. Pihak USPTN akan mengemaskini rekod / maklumat atlet dalam bulan Julai 2011.

5. Di akhir pemantauan berjumpa dengan atlet dan keluarga atlet yang hadir, bertanyakan khabar dan ada apa-apa perkara yang ingin di bincangkan. Tiada perkara yang dibangkit dari kedua-dua pihak.

Sekian dilaporkan, terima kasih.

Fatimah Jamil



















Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved