Saturday, October 30, 2010

KARNIVAL PELAPIS NEGERI 2/2010 NS - update

Sukan : Menembak
Venue : Lapangsasar Mantin

Pasukan bertolak ke lapang sasar Mantin pada jam 7.10 pg dan tiba pada jam 7.40 pg. Semua atlet bersarapan dilapang sasar dan pada hari ini cuaca amat baik sekali.Hari ini merupakan hari pertama kejohanandan acara yang dipertandingkan adalah 10M Air Rifle Wanita dan 10M Air Pistol Lelaki.

Air Rifle Wanita bermula tepat pada jam 9.00 pg dan 3 orang atlet kita iaitu Nur Dayana,Syaza Amirah dan Julia Syazana mengambil bahagian dalam acara individu dan berpasukan.Pada jam 12 tghari pula 2 orang atlet Ahmad Farez dan Leow Xu-En mengambil bahagian dalam acara 10M Air Pistol Lelaki.Dalam acara ini mereka hanya bertanding dalam kategori individu sahaja kerana kekurangan seorang lagi atlet untuk acara berpasukan.Kedua-dua acara ini berjalan lancar dengan bantuan jurulatih-jurulatih dari setiap negeri yang masing-masing menggalas tugas sebagai Jury,rsnge officer dan juga classification officer.
Keputusan pada hari ini amat memuaskan dimana pasukan Air Rifle Wanita kita telah merangkul pingat gangsa dengan pungutan 1080 mata dimana masing-masing membidik 374,363 dan 343 mata.Ini adalah kali pertama ketiga mereka meraih pingat dan kejohanan ini adalah yang kedua bagi mereka dimana mereka menyertai pertandingan pada kali pertamanya di Lapang Sasar Kebangsaan Subang pada bulan September yang lalu.

Bagi acara individu pula,atlet Nur Dayana telah layak ke pusingan akhir dan berada di kedudukan ke-5 daripada 25 penembak.Dalam saingan akhir ini,Nur Dayana telah membidik markah tertinggi diantara semua pesaing dan menaikkan ranking ke tempat ke-4.

Untuk makluman tuan,Nur Dayana merupakan pemembak paling muda yang memasuki peringkat akhir dalam acara ini.Bagi acara 10M Air Pistol Lelaki pula,Ahmad Farez telah membidik 497 mata dan Leow Xu-En pula membidik 433 mata,masing-masing berada ditempat yang ke-18 dan 29.Ini adalah kali pertama kedua-dua mereka mengambil bahagian dalam kejohanan.Pasukan meninggalkan lapang sasar pada jam 4.30 petang sebaik sahaja tamat acara pada hari ini.
Laporan Oleh : Ivarn Syazwan, JPM Menembak






Read more...

KARNIVAL PELAPIS NEGERI 2/2010 NS - update

Sukan : Olahraga
Venue : Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

Pada 28/10/2010 Kejohanan Olahraga Pelapis di Stadium Tengku Abdul Rahman Paroi Negeri Sembilan adalah seperti berikut :

3000m-Qurrate-13m08s-3rd, Chee Ee Vern-14m14s-5th, Discus-Wan Pooi Mun 27.69m 2 Syamalan-400m-53.30s. 3rd, Qurrate-1500m-6m03s-3rd, Calvin-1500m-4.37.2s-6th, Hariivel-1500m-4.44.27 pb

Keputusan Kejohanan Olahraga Pelapis Negeri Sembilan 2010 hari kedua adalah seperti berikut :

Syamalan S/A 200M 24.59, Tan Jiun Yung S/A 200M 25.25, Calvin Boon 5000m 17m32s(5th), Mashni 10km jln kaki 1h08m24s(1st), Yeap Pei Kai 400m pagar(JATUH), Loh Ken Ming Lompat Tinggi 170m, Tan Jia Kit Lembing 34.14m (6th)






















Read more...

KARNIVAL PELAPIS NEGERI 2/2010 NS - update

Sukan : Sepaktakraw
Venue : Gelanggang Utama, Kompleks Sukan Negeri Paroi

Regu Pulau Pinang 21 tahun ke bwh tewas kepada dengan mata 21-14 dan 21-13. Regu bwh 18 tewas kepada selangor dengan mata 21 -19, 21-13. Regu double tewas kepada pelapis kebangsaan dengan mata 21-15, 21-12.
Sesi petang pada 29/10/10 Hari ke dua Kejohanan Sepaktakraw Pelapis Negeri Sembilan Regu Pulau Pinang Bwh 18 tewas kepada Johor Tangkak 13-21, 18-21, Regu Bwh 21 tewas kepada Negeri Sembilan 13-21, 18-21, Regu Double menang dengan Negeri Sembilan 21-16, 21-18 dan mara ke suku akhir.







Read more...

Friday, October 29, 2010

KARNIVAL PELAPIS NEGERI 2/2010 NS - update




Sukan : Tinju
Venue : Centre Point, Seremban

Daripada 19 bout pusingan awal keseluruhan hari ini tiga (3) atlet PP turun ke gelanggang. Keputusan adalah seperti berikut;

43 KG
Mohd Harizwan (PEN) vs Muhd Ali Akhbar (KDH) - Tewas

54 KG
Muhd Syafiq (PEN) vs Muhd Shuhaimi (TRG) - Menang
60 KG
S.Gubendren (PEN) vs Jecky Tan Ching Had (LAB) - Menang

Perlawanan Pusingan seterusnya diteruskan lagi hari ini ..




Read more...

KARNIVAL PELAPIS NEGERI 2/2010 NEGERI SEMBILAN

Tirai Kejohanan telah dibuka. Angkat Berat, Tinju, Olahraga, Gimrama telah memulakan saingan. Bagi atlet-atlet Sukan Menembak yang baru tiba semalam, hanya sesi latihan dijalankan. All the best & selamat bertanding kepada semua atlet Pelapis Pulau Pinang..
TINJU


MEMANAH - TEAM MANAGER MEETING




OLAHRAGA


GIMRAMA

ANGKAT BERAT

SEPAKTAKRAW - SESI LATIHAN

MENEMBAK - SESI LATIHAN



















Read more...

Tuesday, October 26, 2010

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PUSAT LATIHAN - BADMINTON

Tarikh : 25 Oktober 2010 [Isnin]
Masa : 5.45 petang hingga 6.30 petang
Tempat : PLN Dewan Badminton PBA Bukit Dumbar, Pulau Pinang.

Kehadiran Atlet : 8 orang
Kehadiran JSM : Tony Tan Gim Hin

Hasil dari Pemantauan :

PPN - Perjumpaan bersama atlet dan perbincangan bersama Setiausaha Kehormat Persatuan Badminton Pulau Pinang, En. Tony Tan Gim Hin dan JPM Razlan tentang Permohonan Penambahan Jurulatih Sambilan [JSM] bagi tahun 2011 dan sasaran jumlah atlet di dalam Cawangan Pelapis bagi tahun 2011.

JPM - Memaklumkan Program TID bagi atlet sediada dan yang baru telah berlangsung pada 14 - 15 Oktober 2010 dan 18 - 20 Oktober 2010 di PLN Dewan badminton Bukit Dumbar, Pulau Pinang. Program ini dikendalikan oleh JPM dengan kerjasama JSM dan wakil Persatuan.

PPN - Memaklumkan kepada Setiausaha Kehormat Persatuan Badminton Pulau Pinang akan membincangkan perkara Permohonan Penambahan Jurulatih Sambilan [JSM] kepada Ketua Unit di peringat negeri dan seterusnya kepada Pengurus Cawangan Pelapis di peringkat Pusat.

PPN - Memohon kepada Setiausaha Kehormat Persatuan mengeluarkan satu surat sokongan dan memaklumkan sebab-sebab kepada permohonan penambahan Jurulatih Sambilan [JSM] bagi tahun 2011 dan menyerahkan kepada PPN dengan kadar segera.

PPN - Merbincangan bersama Setiausaha Kehormat Persatuan dan JPM Razlan tentang sasaran jumlah atlet Cawangan Pelapis bagi tahun 2011.

JPM & SU - Memaklumkan jumlah yang disasarkan bagi tahun 2011 adalah seramai 50 - 55 atlet.

Di akhir pemantauan mendapati JSM Tony mengadakan perbincangan bersama-sama atlet.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Laporan Oleh : Fatimah Jamil








Read more...

SESI PENDIDIKAN PSIKOLOGI SUKAN TENPIN BOLING

Selaku PPN USPTN Sukan Tenpin Boling, selain dari memantau perjalanan Latihan Teknikal dan Skill, satu tindakan yang diambil untuk mengetahui kelemahan/kekurangan atlet dari tahap kekuatan mental, dengan kerjasama ISNPP telah berjaya mengadakan Sesi Pendidikan Psikologi bagi Atlet Sukan Tenpin Boling di Cawangan Pelapis yang dikelolakan oleh Cik Nur Diana Binti Abu Hassan [Pegawai Belia & Sukan - Psikologi] dari Pusat Satelit Institute Sukan Negara negeri Pulau Pinang seperti berikut.

SESI PERTAMA :

Tarikh : 5 Oktober 2010 [Selasa]
Masa : 6.30 petang hingga 7.30 petang

Objektif :
1. Mendedahkan atlet kepada Psikologi didalam sukan.
2. Mendidik atlet mengenai kepentingan Psikologi Sukan dalam membantu prestasi sukan
mereka.
3. Mendidik atlet mengenai Motivasi serta jenis-jenis motivasi

Tempat : Bilik Mesyuarat Mega Lanes Prai, Pulau Pinang.
Kehadiran Atlet : 13 orang [Program Cawangan Pelapis dan Skuad SUKMA]
Kehadiran JSM : 2 orang [En. Albert Yeoh Seng Poh dan Pn. Nooriani]

SESI KEDUA :

Tarikh : 7 Oktober 2010 [Khamis]
Masa : 6.30 petang hingga 7.30 malam

Objektif :
1. Menjalani Ujian keatas atlet untuk melihat perkara/keadaaan yang menggangu prestasi atlet semasa sesi latihan ataupun pertandingan.

Tempat : Bilik Mesyuarat Mega Lanes Prai, Pulau Pinang.
Kehadiran Atlet : 12 orang [Cawangan Pelapis]
Kehadiran JSM : 1 orang [Albert Yeoh Seng Poh]

SESI KETIGA :

Tarikh : 14 Oktober 2010 [Khamis]
Masa : 6.30 petang hingga 7.30 petang

Objektif :
1. Medidik atlet tentang Konsentrasi serta kepentingannya didalam sukan.
2. Menguji tahap konsentrasi atlet.

Tempat : Bilik Mesyuarat Mega Lanes Prai, Pulau Pinang.
Kehadiran Atlet : 15 orang [Cawangan Pelapis dan Skuad SUKMA]
Kehadiran JSM : 2 orang [En. Albert Yeoh Seng Poh dan Pn. Nooriani]

Perancangan untuk bulan November 2010 seperti berikut :

1. 11 November 2010 [Khamis]
2. 18 November 2010 [Khamis]
3. 25 November 2010 [Khamis]

Program ini akan berterusan mengikut kelapangan waktu dari pihak ISNPP. Kesempatan waktu ini diambil untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak ISNPP atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.
Laporan Oleh : Fatimah Jamil













Read more...

Monday, October 25, 2010

LAPORAN KEJOHANAN BERBASIKAL PERLIS OPEN 2010 - ASZU TEAM

21 0ktober 2010
Pendaftaran dan Mesyuarat Pengurus Pasukan.

22 Oktober 2010 (116.1 KM)

1.Adrian Chuah (Letua) 2.52.21
2.Mohd Fadzli Anuar Fauzi (ATM) 2.53.07
3.Nur Amirul Fakhrudin Marzuki (Tgnu) 2.53.07
4.Muaz Abd.Rahim (ASZU) 2.53.07 (RM150)
5.Abd Rashid Ibrahim (ASZU) 2.53.17 (RM100)

6.Mohd Shobry Abdullah (Tgnu) 2.54.33

14.Mohd Nurshafiq Shuhaimy (ASZU) 2.57.06
18.Mohd Fairet Rosli (ASZU) 3.00.14
21.Ahmad Fahmi Farhan Ahmad Fuat (ASZU) 3.04.25
23.Mohd Elmi Jumari (ASZU) 3.05.43
25.Ahmad Azhar Arshad (ASZU) 3.05.43
DNF Mohd Yazrulhissam Zulkifli (ASZU)-kerosakan mekanikal
DNF Ahmad Firdaus Karim (ASZU)


23 Oktober 2010 (91.3 KM)


1.Mohd Saufi Mat Senan (Tgnu) 2.15.43
2.Mohd Fadzli Anuar Fauzi (ATM) 2.15.44
3.Muaz Abd.Rahim (ASZU) 2.15.44 (RM300)
4.Mohd Ekbar Zamanhuri (P.Keb) 2.15.45
5.Mohd Shobry Abdullah (Tgnu) 2.15.46
6.Mohd Sharulnizam Shamsudin (ATM) 2.16.11

9.Abd Rashid Ibrahim (ASZU) 2..16.56
12.Mohd Elmi Jumari (ASZU) 2.23.03
22.Ahmad Azhar Arshad (ASZU) 2.23.06
26.Mohd Yazrulhissam Zulkifli (ASZU) 2.23.08
30.Mohd Fairet Rosli (ASZU) 2.23.09
31.Mohd Nurshafiq Shuhaimy (ASZU) 2.23.10
34.Ahmad Fahmi Farhan Ahmad Fuat (ASZU) 2.23.12
36.Ahmad Firdaus Karim (ASZU) 2.23.14

24 Oktober 2010 Kriterium (59.4 KM)


1.Mohd Saufi Mat Senan (Tgnu) 23 Mata
2.Mohd Sharulnizam Shamsudin (ATM) 13 Mata
3.Adrian Chuah (Letua) 6 Mata
4.Mohd Aim Mohd Fauzi (Tgnu) 6 Mata
5.Mohd Shahrul Afiza Fauzan (ATM) 5 Mata
6.Mohd Firdaus Suardi (PLS) 4 Mata

7.Mohd Elmi Jumari (ASZU) 4 Mata
12.Mohd Yazrulhissam Zulkifli (ASZU) 2 Mata
14.Muaz Abd.Rahim (ASZU) 1 Mata
23.Mohd Nurshafiq Shuhaimy (ASZU)
27.Mohd Fairet Rosli (ASZU)
30.Ahmad Fahmi Farhan Ahmad Fuat (ASZU)
32.Ahmad Firdaus Karim (ASZU)
33.Abd Rashid Ibrahim (ASZU)
DNF Ahmad Azhar Arshad (ASZU) -kerosakan mekanikal

Secara keseluruhan pencapaian ASZU adalah memuaskan didalam kejohanan yang dsertai oleh 63 pelumba dan menawarkan hadiah wang tunai.
Manakala ASZU memenangi hadiah terkumpul berjumlah RM 550.00.Saya amat berpuas hati dengan peningkatan yang ditunjukan atlit terlibat.

Laporan Oleh : Coach Eddie - ASZU





















Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved